Friday, July 8, 2011

DIA ATAU AKU ?

Puisi Dia atau Aku. Saat hati bertanya apakah dia tau yang dirasa, apakah perasaan itu tentang dia atau aku. Puisi bingung tentang perasaan hati.
“Dia? ataukah aku?”
Pagi ini ku becermin..
Menatap gelapnya dia..
Menatap sedihnya dia..
Dalam balutan beban..
Senyum yang terlontarkan seakan menutup pedihnya hati..
Jubah ketegaran yang di kenakan menutupi rapuhnya jiwa..
Bertahan dalam badai yang memang seharusnya menggeleparkannya..
Hanya keyakinan pada Kasihnya yang membuat kematiannya dia hardik..
Lihat mata itu..
Penuh linangan air mata yang tertahan atau memang di tahan?
Lihat senyum itu..
Penuh dengan kepalsuan atau di palsukan?
Huh..
Tak tahan ku menatapnya..
Karena ku tahu dia lemah..
Dia sudah tak kuasa..
Dia mencambuk dirinya sendiri biar berlari..
Dia meminum keringatnya tuk memuaskan dahaganya..
Dia coba lewati duri..
Agar dia terus terjaga dan berjalan menuju akhir dari semua..
Yah tentang dia..
Yah aku..
Dia? atau aku?
Aku? ataukan dia

APA DYE TAHU ?

Apakah Dia Tau
Apa dia tau??
Disini ada seseorang yg slalu menangis di sudut ruang..
Menangis karena perasaannya..
Apa dia tau??
Disini ada seseorang yg hampir gila karna tak bisa juga melupakannya..
Apa dia tau??
Disini ada seseorang yg slalu menjaga darah dan mahkotanya..
Untukmu.. Hanya untukmu..
Apa dia tau??
Disini ada seseorang yg berharap kamu adalah tulang rusuk ku..
Apa dia tau??
Seseorang ini slalu ingin di dekatmu..
Meski hanya sebagai teman..
Apa dia tau??
Seseorang ini begitu iri melihat cintamu kepada kekasihmu..
Apa dia tau??
Walaupun hanya sekali saja, Aku ingin bertemu denganmu..
Agar kamu tau perasaanku..

Monday, July 4, 2011

BUAT SAHABAT2KU...^^

 "Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yanghanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurnaTiada siapa yang sempurna.. Tapi bersahabatlah kerana Allah... "

HATI

Bicara Hati, tiada siapa yang tahu.....

Bismillah......

Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang boleh menyelami berapa dalamnya dan apa yang terbuku pada hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum adakah dia benar-benar bahagia? apabila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah itu tafsiran yang boleh kita andaikan?? Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti ,bahkan kita sendiri, kadang-kadang tidak boleh memahami apa yang ada di dalam hati....

Apa yang terzahir di luar belum tentu itu tercermin di dalam hati, bukan bererti munafik tetapi kadang-kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu, bila kita bahagia tidak perlu kita perlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain, ketika kita bersedih tidak perlu mereka mengetahui betapa sakitnya atau beratnya musibah yang menimpa kita sehingga membuatkan kita bersedih. Begitu juga ketika hati kita merasa sakit, jangan sampai orang lain juga terkena tempiasnya disebabkan kesakitan hati kita itu. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu dan tempat kita berserah diri. "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."

Mungkin pada Saat ini, ada hati yang begitu bahagia, seolah-olah ia ingin tersenyum setiap saat. Dan di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, seoalah-olah dia sedang mempersiapkan sesuatu yang istimewa dalam hidupnya. Maka disini kita dapat membayangkan bagaimana hatinya dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan amat suka cita. Tetapi sebaliknya, ada juga hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagian yang dirasakan olehnya. Siapa yang tahu didalam keadaan orang yang bahagia ada dalam kalangan mereka yang berbisik dihatinya......" Tahukah dia bahawa hati saya sakit di saat dia merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa saya ingin menangis, ketika dia tersenyum dan tertawa?" tiada siapa yang tahu...... kita pun tidak tahu...

Dalam hatinya tiada siapa yang tahu? senyumannya masih ada, tawanya kadang-kadang masih terlihat dan gurau senda itu juga masih dia berikan kepada setiap orang yang dekat denganya, tidak ada sesiapapun yang tahu bahawa di sebalik apa yang kita lihat dari raut wajah & tingkahlakunya yang sebenarnya dia sedang terluka, kemungkinan pada saat itu dia ingin menangis ,Namun tiada sesiapapun yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan dirinya sahaja yang mengetahu bagaimana keadaan diri dan hatinya pada waktu itu, hanya Allah tempat dia mengembalikan semua rasa di dalam hatinya, hanya Allah pengubat sakit & lara hatinya itu.. 

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibirnya, menggetarkan hati yang ingin kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak matanya dengan pengharapan setelah ini semuanya akan menjadi lebih baik. Seperti halnya sabda RasulullahPerbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)